Rozi Talib Channel

Cooking Camping Travelling Hiking Fishing Jamming

  • Laman utama
  • Resepi Masakan
  • Tips
  • Eksporasi
  • Camping
  • Meranduk
  • Life Style
Home Archive for Ogos 2022

 Cara Buat Minyak Bawang Putih Step by Step - Resepi by Noorhashitoh || Homemade Garlic Oil Resepi kali ini adalah resepi membuat minyak bawang putih simple dan sedap. Bawang putih goreng garing ini memang sedap dimakan bersama sup. penggemar bawang putih goreng memang ramai.

 

cara buat minyak bawang putih

Cara membuat minyak bawang putih ini memang mudah dan bahan-bahan hanyalah minyak dan bawang putih sahaja. Anda boleh lihat sendiri cara masak bawang putih dalam video ini. Bukan sahaja minyak tetapi bawang putih yang rangup itu boleh dimakan bersama sup dan juga nasi panas-panas. memang membangkitkan selera makan. Cara buat minyak bawang putih juga tidak susah. Bawang putih goreng juga boleh digunakan untuk untuk masakan nasi goreng. Aroma bawang putih membangkitkan selera makan. Tidak dinafikan minyak bawang putih goreng ini ada khasiatnya. anda boleh google untuk mengetahui khasiat minyak bawang putih ini.

Lihat video di sini 

Misi Menjala kali ini paling best dapat spot lubuk banyak ikan. Lokasi di Sungai Kuala Selangor. Kali ini aku bersama Wak Rohim dan Haji Saleh yang merupakan otai di Puncak Alam. Seronok bila mereka berdua bersama-sama dengan aku. Misi kali ini memang best belum sampai 1 jam kami menjala, ikan sudah hampir penuh 1 baldi... 

Spot memang lubuk ikan nila/talapia dan belanak. dapat tapau satu baldi ikan talapia hitam. Seekor ikan pelik pula masuk jala. 

 

menjala ikan di kuala selangor

Antara ikan yang ada adalah ikan talapia hitam/nila, belanak dan betutu/ikan ubi. Lokasi menjala : Sungai Kuala Selangor

Klik sini untuk melihat video 

Eksplorasi #2 Hiking Bukit Botak Puncak Alam Kali Ke 3 ini aku dapat bawa sahabat aku yang lain pula bersama anak-anak. Di Bukit Botak terserempak pula dengan seorang kakak ni bersendirian hiking ke Bukit Botak..memang tabik spring la kat dia... 

hiking bukit botak puncak alam


Hiking di Bukit Botak, Bandar Puncak Alam Selangor sesuai dijadikan aktiviti keluarga di hujung minggu. Lebih-lebih lagi menjadi tumpuan geng-geng kaki hiking. Seawal selepas subuh sudah ramai di kaki Bukit Botak. Ada yang datang sendirian, ada yang datang bersama kawan-kawan dan ada juga bersama keluarga. Paras ketinggian Bukit Botak kira-kira 214m. Bukit Botak ini kategori lokasi yang mudah untuk Hiking. Namun begitu perlu juga kita berhati-hati dan keselamatan perlu dijaga.

Klik sini untuk melihat video 

Hiking di Bukit Botak, Bandar Puncak Alam Selangor sesuai dijadikan aktiviti keluarga di hujung minggu. Lebih-lebih lagi menjadi tumpuan geng-geng kaki hiking. Seawal selepas subuh sudah ramai di kaki Bukit Botak. Ada yang datang sendirian, ada yang datang bersama kawan-kawan dan ada juga bersama keluarga. 

 

hiking bukit botak puncak alam

Paras ketinggian Bukit Botak kira-kira 214m. Bukit Botak ini kategori lokasi yang mudah untuk Hiking. Namun begitu perlu juga kita berhati-hati dan keselamatan perlu dijaga.
Klik sini untuk melihat video

Sudah menjadi kebiasaan bagi budak-budak kampung mandi parit, main lumpur, mandi sungai, menjala ikan, memukat dan banyak lagi lah aktiviti lasak yang dilakukan.. kehidupan di bandar agak berbeza dengan kehidupan di kampung..

budak mandi parit tanah gambut


Saya sendiri ketika zaman kanak-kanak dulu sering mandi di parit. bukan sahaja parit malah sungai pun saya pergi. bila melihat aksi kanak-kanak sekarang bila mandi parit, memori zaman kanak-kanak mula la datang kembali.

Klik sini untuk melihat video 

Resepi Kari Ikan Jenahak Memang Sedap - Resepi By Noohashitoh Ikan Jenahak antara ikan yang sangat digemari dan sesuai untuk dimasak kari dan juga gulai. Kali ini saya ingin kongsi Resepi Kari Ikan Jenahak yang kongsi oleh sahabat saya Noorhashitoh.

kari kepala ikan jenahak


Sahabat saya ini mencadangkan saya menggunakan Rempah Giling Bumiputera (Kari Ikan NZ). Kari ikan NZ ni kilangnya di penang. Orang penang mesti tahu ni.. Tapi zaman sekarang ini mudah je, boleh cari di Shopee. Cara masak Kari ikan Jenahak ni sangat mudah. Di bawah ini bahan-bahan untuk membuat kari ikan jenahak. Untuk cara buat kari ikan jenahak, boleh tonton video ini sampai habis. Bahan-Bahan Untuk Kari Ikan Jenahak - Ikan Jenahak - Bawang Besar/ Bawang Holland 2 ulas - Bawang Putih 5 ulas - Asam Jawa 1 Sudu Kecil - Halba 1 Sudu Kecil - Rempah/Pes Kari Ikan NZ (Rempah Giling Bumiputera) 2 paket - Santan Pekat (saya guna santan kotak) - Garam (secukup rasa) Selamat mencuba resepi kari ikan jenahak.

Klik sini untuk melihat Video 

Cara Membuat Tepung Sukun Goreng Rangup Sesuai juga untuk Frozen. Sukun goreng ni memang sedap dimakan panas-panas, tambah lagi bersama kopi panas, pergh.. 

 

tepung sukun goreng

Sukun ni ada peminat tersendiri. Kalau anda tanya sukun in rasa macam mana? haa..sukun goreng ni rasa lebih kurang durian belanda goreng. memang sedap. Video kali ini saya ingin kongsikan resepi tepung goreng sukun atau goreng pisang yang saya ambil dari Mak saya. Dalam video ini saya akan tunjuk cara membuat tepung goreng sukun step by step. ok kita share sikit bahan-bahan. Bahan-Bahan Tepung Sukun Goreng - Tepung Beras (1/2kg) - Tepung Gandum 4 sudu besar - Telur Ayam 2 biji - Air kapur makan 1 sudu besar - Serbuk pewarna kuning sedikit - Garam 1 sudu besar - Gula 4-5 sudu besar - Air putih (agak2)

Klik sini untuk melihat video 

Aksi Awek Cun Bersilat Di Majlis Perkahwinan Tok Janggut Puncak Alam Buat Penonton Terpegun melihatnya. 

aksi awek cun bersilat

 

Ada juga aksi dari Tomoi Boy yang menarik perhatian Penonton.

klik sini untuk melihat video 

Edisi Hobi #1 Menangkap Udang Lobster Biru Air Tawar Banyak Di Parit Kecil. 

menangkap udang kara 

Walaupun parit di sini kelihatan kecil tetapi terdapat banyak Udang Lobster/Kara air tawar. Parit ini adalah parit tanah gambut. memang banyak udang kara / lobster di parit ini.

klik sini untuk melihat video 



CARA BUAT KERABU MANGGA IKAN BAKAR SIMPLE DAN SEDAP Kerabu mangga muda dapat membangkitkan selera makan tengahari kita. Kali ini saya ingin kongsi Resepi Buat Kerabu Mangga Ikan Bakar Simple dan Sedap. memang kena la dengan selera kampung.

 

kerabu mangga ikan bakar

Kerabu mangga ikan bakar sedap dimakan begitu sahaja, memang sedap. Bahan-bahan - 4 biji mangga muda (dihiris halus) - 6 ekor ikan sardin (dibakar) - 1 biji bawang besar (dihiris halus) - 2 sudu kecil lada hitam (ditumbuk lumat) - 5 biji bawang putih (ditumbuk) - 1 biji kelapa muda parut - garam dan gula

klik sini untuk melihat video 

Tumis Tangkai Bunga Teratai / Lotus Flower Stalk || Resepi Masakan #19 Perkongsian kali ini adalah Resepi tumis tangkai bunga teratai atau kita panggil lotus. Ramai yang tidak tahu yang tangkai bunga teratai ini boleh dimakan dan enak kalau dimasak tumis. bukan sahaja tumis malah sangat enak jika dimasak asam pedas dan asam rebus.

 

tumis tangkai bunga teratai

Tangkai bunga teratai ini sama cara prosesnya seperti sayur batang keladi, cuma bezanya batang keladi ada sedikit gatal. kulit tangkai teratai perlu disiat terlebih dahulu dan tangkainya dipotong pendek. Mana nak dapat tangkai bunga teratai ni..? susah nak jumpa di kedai dan ada perlu cari sendiri. ada banyak di parit-parit, tali air dan tasik. tapi tidak semua parit dan tasik ada teratai. so, kena cari la..kalau ada, manfaatkan.. boleh masak seperti dalam video ini. Sebenarnya bukan sahaja tangkai bunga teratai boleh dijadikan sayur dan dimakan malah akar teratai juga boleh dimasak dan dimakan juga batang daun teratai juga boleh dimanfaatkan. Anda semua boleh mencuba resepi ini. dan share video ini agar lebih ramai dan tahu akan kegunaa tangkai bunga teratai ini.

klik sini untuk melihat video 

Resepi Sup Ikan Ubi Atau Ikan Betutu || Resepi Masakan #18 Perkosngsian resepi kali ini adalah resepi Sup Ikan Ubi atau juga dikenali sebagai Sup ikan Betutu. Ada juga yang memanggil ikan Ubi ini dengan panggilan Ikan Ketutu, Ikan Haruan Bodoh, Ikan Hantu dan juga Ikan Kerapu Air Tawar.

 

sup ikan ubi

Ikan Ubi ini saya perolehi dari hasil menjala. Alhamdulillah, saiz juga besar. Ikan Ubi Ini tidak hanyir, bila buat sup Ikan ubi memang sedap. Ikan ubi ini juga sedap digoreng garing juga dibuat masak lemak ikan ubi. Ada juga yang buat Ikan ubi masak berlada.

 Jadi, rakan-rakan jangan lupa mencuba resepi sup ikan ubi ini. jika tidak ada ikan ubi, korang boleh gantikan dengan ikan haruan dan juga siakap. Selamat mencuba...

klik sini untuk melihat video 


Ketupat Palas Terengganu dan Cara Bungkus Ketupat Palas Terengganu / Ketupat Pulut Terengganu Assalamualaikum semua content kali ini saya ingin kongsi satu resepi turun temurun orang-orang lama iaitu resepi Ketupat Palas Terengganu atau juga dipanggil Ketupat Pulut. Saya akan tunjuk cara membuat Ketupat Palas step by step.

 

ketupat palas terengganu

Dalam video ini saya share juga cara bungkus ketupat palas Terengganu step by step. so, jangan risau In Syaa Allah anda semua boleh buat. Cara membungkus ketupat palas ini tidak la rumit. Ketupat Palas memang sedap dimakan begitu sahaja tapi kalau ada serunding atau rendang memang lagi membangkitkan selera. Ketupat Palas Terengganu ini memang tidak asing lagi pada musim Raya Puasa dan Raya Haji. Untuk pengetahun semua, rasa ketupat palas Terengganu agak berbeza dengan Ketupa Palas Kelantan. Ketupat Palas Kelantan ada sedikit manis. Baiklah, jangan lupa mencuba resepi Ketupat palas Tengganu/Ketupat Pulut ini ya. Selamat Mencuba.

klik sini untuk melihat video 

Ayam Tua Masak Ungkep Versi Jawa Johor || Resepi Masakan #16 Ayam masak ungkep memeng tidak asing bagi masyarakat Jawa terutama di negeri Johor. Content Masakan kali ini saya paparkan video masakan Ungkep Versi Jawa Johor yang dimasak oleh Mak Mertua saya. 

 

ayam tua masak ungkep

Alhamdulillah masakan mak mertua saya memenuhi selera saya. Setiap kali balik kampung, Mak Mertua saya pasti akan hidangkan Ayam Ungkep untuk saya kerana Mak Mertua tahu Ayam Tua Masak Ungkep Versi Jawa adalah kegemaran saya... Terima kasih Mak masakan ungkep jawa.

klik sini untuk melihat video 

  video berkait: ayam tua masak ungkep jawa, cara masak ayam tua ungkep, ayam masak ungkep ala jawa, ayam masak ungkep johor, ayam masak ungkep simple, ayam pencen masak ungkep, resepi ayam pencen masak ungkep, ungkep ayam jawa, ayam ungkep bumbu kuning, resepi ayam ungkep style johor, resepi ayam ungkep jawa sedap, resepi ayam ungkep jawa asli, cara masak ungkep ayam, cara masak ungkep jawa, cara masak ungkep ayam tua, cara masak ungkep ayam pencen, ayam ungkep style jawa, ayam ungkep jawa

Cara Cara Membuat Pulut Lepa Atau Pulut Panggang Terengganu Step By Step

Resepi Pulut Lepa Terengganu atau Resepi Pulut Panggang Terengganu ini saya ambil dari Emak saya. Biasa kita lihat pulut panggang kalau diluar Terengganu akan guna inti serunding kelapa, tapi di Terengganu biasa Pulut Lepa menggunakan inti ikan. 

 

pulut lepa terengganu

Dalam video ini saya menggunakan isi ikan Sardin/Selayang untuk membuat inti tapi menurut Emak saya kalau tidak mahu ada banyak duri dalam isi ikan..boleh guna ikan Lolong atau dipanggil ikan Mata Besar. Dalam video ini saya akan kongsikan cara membuat pulut lepa atau pulut panggang Terengganu step by step. nanti boleh follow ya... Bahan-Bahan Membuat Pulut Panggang / Pulut Lepa Terengganu a) Bahan Inti Pulut Lepa 1- Ikan Mata Besar/ Ikan Lolong/ Ikan sardin - 1/2kg 2- Santan Pekat 200ml/ Santan Dari 1/2 biji kelapa 3- Bawang Merah - 3 biji 4- Bawang Putih - 2 biji 5- Halba - 1 sudu kecil 6- halia - 1 inci 7- garam dan gula secukup rasa b) Bahan Untuk Pulut 1- Beras Pulut 1kg (direndam dulu dalam air sekurang2 tiga jam sebelum kukus) 2- Santan Pekat 370ml/ Santan Dari 1 biji kelapa (masukkan garam biar agak masin dan gula 1 sudu besar untuk digaul dengan pulut) c) Bahan Untuk Membungkus 1- Daun Pisang 2- Lidi / lidi cukil gigi (boleh beli kata mana2 kedai atau pasaraya lagi mudah) Selamat Mencuba

klik sini untuk melihat video 

Sayur Batang Keladi Tumis || Resepi Masakan #14 Sayur batang keladi menjadi sayur kegemaran saya. Tumis batang keladi ni kalau kena dengan cara masak..memang sedap.. keladi sayur juga ada banyak jenis.. 

 

sayur batang keladi tumis

Untuk pengetahuan semua..keladi yang saya gunakan adalah keladi yang saya tanam sendiri dan tidak gatal. Oleh itu saya juga manfaatkan daun keladi untuk ditumis bersama batang keladi. Resepi Sayur Batang Keladi Tumis Bahan-Bahan - Batang keladi / daun keladi - Asam Jawa - Belacan - Cili Padi - Bawang Putih - Bawang Merah - Santan - Bilis

klik sini untuk melihat video 

Cara Masak Laksa Johor Step By Step || Resepi Masakan #13 Laksa Johor ini antara masakan kegemaran saya... rasa agak berbeza dengan Laksa Penang dan Laksa Terengganu tetapi saya sangat suka.

 

laksa johor

Di sini saya share resepi Laksa Johor. Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua. RESEPI LAKSA JOHOR Bahan-bahan kuah laksa johor Bahan A - 1 kilo ikan tenggiri / sardin / kembung (rebus dan isi ikan dikisar halus bersama Air rebusan ikan) - 5 sudu besar serbuk kari ikan - 1L santan pekat - 4-5 sudu besar kerisik - 4 keping asam keping - 4 batang serai diketuk - garam dan gula secukup rasa Bahan B - 5-6 ulas bawang putih - 4-5 biji bawang besar - 2 inci halia -1 inci lengkuas - 20 tangkai cili kering (direbus terlebih dahulu)/4 sb cili boh bahan ulam ulaman -2 biji timun (buang kulit dan emulurnya. ambil bahagian dalam dan hiris) - daun kesum (hiris halus) - 5 biji bawang merah (hiris halus) - taugeh - limau kasturi (dibelah dua) bahan-bahan lain - 2 bungkus spaghetti (direbus hingga lembut dan toskan) - sambal belacan Cara-cara :- 1-panaskan minyak dan tumis bahan-bahan B yang telah dikisar. 2-masukkan serai yang telah diketuk 3-tumis sehingga cili masak sehingga pecah minyak. gunakan api sederhana dan kacau selalu untuk mengelakakan daripada hangus. 4-masukkan serbuk kari ikan dan kacau. 5-masukkan isi ikan yang telah dikisar halus.kacau hingga rata dan sebati. 6-masukkan santan dan kacau hingga mendidih. 7-masukkan kerisik, asam keping, garam dan gula secukup rasa. 8-masukkan air rebusan ikan yang disimpan tadi sekiranya kuah terlalu pekat. 9-masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1/2-1 jam.

klik sini untuk melihat video 

Assalamualaikum semua.. Content kali ini memaparkan Cara Buat Kek Cempedak yang dilakukan oleh Azfar dan Aisyah. Disertakan juga Resepi Kek Cempedak di sini. Cempedak yang digunakan adalah cempedak durian. isi cempedak sangat cantik dan berkualiti.

 

kek cempedak

Resepi Kek Cempedak Bahan A - 250g butter - 180g gula halus - Esen vanila Bahan B - 5biji telur saiz B (4biji saiz A) - Satu sudu besar ovalette Bahan C - 250g tepung gandum - 1 sudu besar serbuk penaik - 1/2 cawan susu cair - 150g isi cempedak yg diblend (dikisar) Cara-cara Buat Kek Cempedak (*guna mixer) - Putar Bahan A sehingga berwarna putih dan agak kental - Masukkan Bahan B - sebiji-sebiji telur selang 30saat (agak-agaklah) dan ovalette putar tambahan 3-5minit. (*guna whisk) - Ayak tepung dan serbuk penaik. - Masukkan tepung dan susu cair selang seli ke dalam D. Begini - Tepung -- susu cair -- tepung -- susu cair -- tepung + isi cempedak. Jangan overmix ye. Sebati cukup sudah. Whisk lembut biasa je. Dah sebati dah cukup Sediakan loyang 9 inci. - Sapu butter dan tabur tepung atas butter - Masukkan adunan dalam loyang (ratakan dan ketuk rata atas permukaan loyang) - Boleh letak isi cempedak utk hiasan Bakar suhu 160°C/ 50min Api atas bawah Tray bawah sekali Cucuk lidi dah kering Okey siap keluarkan . Tepuk-tepuk loyang bagi longgar lepas tu letak lah kat lapik tu. Tadaa siap.. selamat memcuba...

klik sini untuk lihat video 

Resepi Batang Keladi Masak Asam Rebus. Sayur batang keladi merupakan sayur gegemaran saya dari dulu lagi. Sayur batang keladi juga menjadi sayur kesukaan Mak dan juga Nenek saya...memang membangkitkan selera makan.

 

asam rebut batang keladi

Hari ini saya akan kongsikan Resepi Asam Rebus Batang Keladi. Boleh gunakan asam Jawa/ Asam Keping. Keladi yang saya tanam sendiri di belakang rumah. Alhamdulillah sudah bayak kali dapat dinikmati keenakan sayur batang keladi ini. Sayur-sayur lain dan ulam juga saya tanam. Mudah bukan? Terasa nak makan, pergi jer ke belakang rumah.

Klik sini untuk melihat video 

Kali ini saya ingin berkongsi Respi Gulai Daging Batang Pisang Sedap dan Simple. Kita akan ambil Umbut Batang pisang muda yang belum berbuah. Gulai daging rias pisang atau batang pisang ini sangat terkenal di Negeri Kedah terutama di Sik dan Baling. 

 


Gulai Daging Umbut Batang Pisang ini memang enak dan unik yang kian jarang ditemui di kebanyakan restoran. Boleh dikatakan batang pisang ini makanan yang RARE masa kini dan tidak semua orang pernah merasanya. Jadi, bagi mereka yang belum pernah merasa keenakan gulai daging batang pisang, bolehlah mencuba resepi ini. Inilah masakan kampung yang begitu enak. Bahan- Bahan untuk Gulai Daging Rias Pisang/ Batang Pisang - Bawang Besar/ Holland - Bawang Putih - Daun Kari - Rempah Kari Daging (Saya gunakan Rempah Kari Alagappas - 4 Sekawan (Bunga Cengkeh, Kulit Kayu Manis, Buah Pelaga, Bunga Lawang) - Santan Pekat - Kentang - Kerisik (lagi banyak lagi sedap ya) - Umbut Batang Pisang/ Rias Pisang *Cara-Cara Masak (Boleh lihat video ini)

Klik sini untuk melihat video 

Kali ini saya kongsi Resepi Tumis Jantung Pisang Super Enak dan Simple. Serius, Jantung Pisang Tumis ni memang sedap dan Mantap!! masakan ala-ala kampung gitu. Ini sayur kegemaran saya.

 


Bagi mereka yang belum pernah rasa Jantung Pisang tumis ini, bolehlah anda mencubanya. Resepi yang sangat simple. Dalam video ini saya juga share Cara Merebus Jantung Pisang Agar Tidak Hitam dan Tidak Pahit. Selepas itu terpulang hendak masak lemak atau hendak tumis. Antara bahan yang perlu disediakan adalah ikan bilis, cili padi, bawang besar, bawang putih, dan Jantung pisang yang sudah direbus.

Klik sini untuk melihat video 

Resepi masakan kali ini paling RARE iaitu Resepi Asam Pedas Kulit Lembu Sayur Batang Keladi. Memang EKSOTIK punya makanan. 

 

Kulit lembu/ sapi jarang orang masak asam pedas. biasanya kulit lembu ni dimasak Sambal Tahun dan Tumis. Bagi mereka yang belum tahu cara untuk memproses kulit lembu, boleh lihat tutorial di video saya yang lepas, juga cara merebus sayur batang keladi.

Klik sini untuk melihat video 

Resepi Ikan Ubi Goreng Berlada, first time masak ikan ubi goreng berlada. Kalau ikan lain dah biasa masak berlada ni. Ikan ubi atau Betutu atau ada juga yang panggil Ikan Haruan Bodoh ini kalau korang nak tau..rasanya memang sedap. 

ikan ubi goreng berlada

Ikan ini sangat diminati dan digemari oleh kaum Cina. Setahu saya ikan Ubi ni harganya boleh cecah Rm90/kg. Alhamdulillah..dapat la makan ikan mahal..hihihi...

Klik sini untuk melihat video 

Sayur batang keladi merupakan sayur gegemaran saya dari dulu lagi. apabila dimasak ala-ala kampung, kena dengan cara dan citarasa..memang membangkitkan selera makan.

batang keladi masak lemak cili padi ikan bilis
 

Hari ini saya akan kongsikan Resepi Batang Keladi Masak Lemak Cili Padi Ikan Bilis. Keladi yang saya tanam sendiri di belakang rumah. 

Alhamdulillah sudah bayak kali dapat dinikmati keenakan sayur batang keladi ini. Batang Keladi ini juga sangat enak bila dimasak asam pedas... juga sayur lemak plus siput sedut... memang sedap...

Klik untuk melihat video 

Video kali ini saya paparkan cara memproses membersihkan kulit lembu dari awal hingga akhir. Sering kita lihat lembu yang telah disembelih, kulit dibuang/ditanam begitu sahaja. 

cara memproses kulit lembu
 

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kulit lembu ini boleh masak dan dimakan. Mungkin juga ramai yang kurang tahu cara untuk mengerjakan kulit lembu ini.. 

In Syaa Allah di video ini saya tunjukkan bagaimana cara memproses kulit lembu/sapi. Jika diproses dengan betul dan dimasak, kulit lembu ini menjadi makanan atau lauk yang sangat sedap. Kulit lembu merupakan makanan kegemaran orang jawa. 

In syaa Allah, dalam video yang akan datang saya akan kongsi resepi masakan kulit lembu. kulit lembu ini boleh dimasak gulai lemak cili api, masak sambal tahun kulit lembu, dan tumis.

Klik sini untuk melihat video 

Langgan: Ulasan ( Atom )

About Me


Bonjour & Welcome

Rozi Talib seorang blogger. Berkecimpung dalam dunia blog bermula tahun 2007.
Jom ke Channel


Rozi Talib Channel

LATEST POSTS

  • Resepi Gulai Daging Batang Pisang (Rias Pisang) Sedap dan Simple
    Kali ini saya ingin berkongsi Respi Gulai Daging Batang Pisang Sedap dan Simple. Kita akan ambil Umbut Batang pisang muda yang belum berbuah...
  • Resepi Asam Rebus Batang Keladi
    Resepi Batang Keladi Masak Asam Rebus. Sayur batang keladi merupakan sayur gegemaran saya dari dulu lagi. Sayur batang keladi juga menjadi s...
  • Tumis Jantung Pisang Super Enak Dan Simple
    Kali ini saya kongsi Resepi Tumis Jantung Pisang Super Enak dan Simple. Serius, Jantung Pisang Tumis ni memang sedap dan Mantap!! masakan al...
  • Misi Menjala di Sungai Kuala Selangor Lubuk Banyak Ikan
    Misi Menjala kali ini paling best dapat spot lubuk banyak ikan. Lokasi di Sungai Kuala Selangor. Kali ini aku bersama Wak Rohim dan Haji Sal...
  • Ayam Tua Masak Ungkep Versi Jawa Johor
    Ayam Tua Masak Ungkep Versi Jawa Johor || Resepi Masakan #16 Ayam masak ungkep memeng tidak asing bagi masyarakat Jawa terutama di negeri J...
  • Resepi Sup Ikan Ubi Atau Ikan Betutu
    Resepi Sup Ikan Ubi Atau Ikan Betutu || Resepi Masakan #18 Perkosngsian resepi kali ini adalah resepi Sup Ikan Ubi atau juga dikenali seba...
  • Resepi Ikan Ubi Goreng Berlada
    Resepi Ikan Ubi Goreng Berlada, first time masak ikan ubi goreng berlada. Kalau ikan lain dah biasa masak berlada ni. Ikan ubi atau Betutu a...
  • Azfar Dan Aisyah Tunjuk Cara Buat Kek Cempedak
    Assalamualaikum semua.. Content kali ini memaparkan Cara Buat Kek Cempedak yang dilakukan oleh Azfar dan Aisyah. Disertakan juga Resepi Kek ...
  • Cara Memproses Membersihkan Kulit Lembu Dari Awal Sampai Akhir Step By Step
    Video kali ini saya paparkan cara memproses membersihkan kulit lembu dari awal hingga akhir. Sering kita lihat lembu yang telah disembelih, ...
  • Cara Masak Laksa Johor Step By Step
    Cara Masak Laksa Johor Step By Step || Resepi Masakan #13 Laksa Johor ini antara masakan kegemaran saya... rasa agak berbeza dengan Laksa P...

Categories

  • eksplorasi (2)
  • meranduk (2)
  • resepi masakan (22)
  • resepi roti canai (2)
  • tips (2)

Blog Archive

  • ▼  2022 (30)
    • ▼  Ogos 2022 (29)
      • Cara Buat Minyak Bawang Putih Step by Step - Resep...
      • Misi Menjala di Sungai Kuala Selangor Lubuk Banyak...
      • Hiking Bukit Botak Puncak Alam Kali Ke 3
      • Hiking Menawan Puncak Bukit Botak Puncak Alam
      • Aksi Budak Budak Mandi Parit Tanah Gambut, Best Gi...
      • Resepi Kari Ikan Jenahak Memang Sedap - Resepi By ...
      • CARA MEMBUAT TEPUNG SUKUN GORENG RANGUP SESUAI JUG...
      • Aksi Awek Cun Bersilat Di Majlis Perkahwinan Buat ...
      • Menangkap Udang Lobster Biru Air Tawar Banyak Di P...
      • CARA BUAT KERABU MANGGA IKAN BAKAR SIMPLE DAN SEDAP
      • Tumis Tangkai Bunga Teratai
      • Resepi Sup Ikan Ubi Atau Ikan Betutu
      • Ketupat Palas Terengganu dan Cara Bungkus Ketupat ...
      • Ayam Tua Masak Ungkep Versi Jawa Johor
      • Cara Cara Membuat Pulut Lepa Atau Pulut Panggang T...
      • Sayur Batang Keladi Tumis
      • Cara Masak Laksa Johor Step By Step
      • Azfar Dan Aisyah Tunjuk Cara Buat Kek Cempedak
      • Resepi Asam Rebus Batang Keladi
      • Resepi Gulai Daging Batang Pisang (Rias Pisang) Se...
      • Tumis Jantung Pisang Super Enak Dan Simple
      • Resepi Asam Pedas Kulit Lembu Sayur Batang Keladi
      • Resepi Ikan Ubi Goreng Berlada
      • Resepi Batang Keladi Masak Lemak Cili Padi Ikan Bilis
      • Cara Memproses Membersihkan Kulit Lembu Dari Awal ...
      • Resepi Pucuk Ubi Masak Lemak Kuning Versi Mak Mertua
      • Resepi Singgang Daging Terengganu Mok Su Ani Sanga...
      • Resepi Nasi Dagang Mok Su Ani Original Dari Tereng...
      • Cara Buat Roti Canai Lembut Dan Gebu Step By Step ...
    • ►  Februari 2022 (1)
Dikuasakan oleh Blogger.

Latest Posts

  • Resepi Gulai Daging Batang Pisang (Rias Pisang) Sedap dan Simple
    Kali ini saya ingin berkongsi Respi Gulai Daging Batang Pisang Sedap dan Simple. Kita akan ambil Umbut Batang pisang muda yang belum berbuah...
  • Resepi Asam Rebus Batang Keladi
    Resepi Batang Keladi Masak Asam Rebus. Sayur batang keladi merupakan sayur gegemaran saya dari dulu lagi. Sayur batang keladi juga menjadi s...

Blogroll

Flickr

About

Copyright 2014 Rozi Talib Channel.
Designed by OddThemes