Cara Buat Roti Canai Lembut Dan Gebu Step By Step [Full Episode]

Cara Buat Roti Canai Lembut Dan Gebu Step by Step, Cara Membuat Roti Telur dan Roti Kosong, Cara Tebar Roti Canai. Itu yang saya kongsikan dalam video ini.

 


Roti canai tidak asing lagi kalau di Malaysia ini. Ramai yang inginkan resepi roti canai lembut, sedap dan gebu. Perkongsian kali ini membolehkan sahabat-sahabat semua dapat membuat roti canai dengan mudah dan simple. Tidak perlu lagi berebut-rebut pergi ke kedai membeli roti canai lembut dan sedap. Ikut sahaja cara membuat roti canai ini, In Syaa Allah berhasil. Tutorial membuat roti canai yang simple dan cepat. mudah-mudahan video ini bermanfaat untuk sahabat semua. Share Resepi roti canai ini kepada sahabat-sahabat anda semua sama ada di facebook, twitter, blog, instagram dan di mana sahaja. Dalam video ini juga diajar cara tebar roti canai. Sahabat-sahabat semua boleh ikut step by step. Resepi Roti Canai Lembut dan Gebu Bahan-Bahan : - Tepung Gandum 1kg - Marjerin 3 Sudu Besar - Susu Tepung 1 Sudu Besar - Susu Pekat Manis 3 Sudu Besar - Telur 1 Biji - Garam Halus 1 Sudu Besar - Gula Pasir 2 Sudu Besar - Minyak Sapi 1/4 Sudu Kecil (Kalau tak ada minyak sapi, boleh guna SHORTENING (lemak sayuran) 1 sudu kecil untuk melembutkan roti) - Air 500ml Cara buat roti canai lembut dan gebu ini boleh tonton video ini. follow step by step. Selamat Mencuba Link ke Video : Resepi Roti Canai Lembut Sedap dan Gebu https://www.youtube.com/watch?v=9_D7a16EIDk

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 ulasan:

Catat Ulasan