Tumis Tangkai Bunga Teratai

Tumis Tangkai Bunga Teratai / Lotus Flower Stalk || Resepi Masakan #19 Perkongsian kali ini adalah Resepi tumis tangkai bunga teratai atau kita panggil lotus. Ramai yang tidak tahu yang tangkai bunga teratai ini boleh dimakan dan enak kalau dimasak tumis. bukan sahaja tumis malah sangat enak jika dimasak asam pedas dan asam rebus.

 

tumis tangkai bunga teratai

Tangkai bunga teratai ini sama cara prosesnya seperti sayur batang keladi, cuma bezanya batang keladi ada sedikit gatal. kulit tangkai teratai perlu disiat terlebih dahulu dan tangkainya dipotong pendek. Mana nak dapat tangkai bunga teratai ni..? susah nak jumpa di kedai dan ada perlu cari sendiri. ada banyak di parit-parit, tali air dan tasik. tapi tidak semua parit dan tasik ada teratai. so, kena cari la..kalau ada, manfaatkan.. boleh masak seperti dalam video ini. Sebenarnya bukan sahaja tangkai bunga teratai boleh dijadikan sayur dan dimakan malah akar teratai juga boleh dimasak dan dimakan juga batang daun teratai juga boleh dimanfaatkan. Anda semua boleh mencuba resepi ini. dan share video ini agar lebih ramai dan tahu akan kegunaa tangkai bunga teratai ini.

klik sini untuk melihat video 

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 ulasan:

Catat Ulasan